Apabila mendaftarkan penerima ke senarai kenalan, anda juga boleh menambah tetapan talian.
Akses Web Config, klik tab Scan/Copy atau tab Fax, kemudian klik Contacts.
Pilih nombor yang ingin didaftarkan, kemudian klik Edit.
Masukkan Name dan Index Word.
Pilih Fax sebagai pilihan Type.
Anda tidak boleh menukar pilihan Type selepas pendaftaran selesai. Jika anda ingin menukar jenis, padam destinasi dan daftar semula.
Pilih talian di Select Line, kemudian klik Apply.
Harap maklum bahawa Select Line ditetapkan pada G3-Auto secara lalai.
Anda juga boleh menambah penerima kepada senarai kenalan.