> Maklumat Produk > Maklumat Perisian > Perisian untuk Imbasan > Aplikasi untuk Mengawal Pengimbas (Epson Scan 2)

Aplikasi untuk Mengawal Pengimbas (Epson Scan 2)

Epson Scan 2 ialah pemacu pengimbas yang membolehkan anda mengawal pengimbas. Anda boleh melaraskan saiz, resolusi, kecerahan, kontras, dan kualiti imej yang telah diimbas. Anda juga boleh memulakan aplikasi ini daripada aplikasi imbasan yang mematuhi TWAIN. Lihat bantuan perisian untuk mendapatkan butiran tentang cara menggunakan ciri.

Bermula pada Windows
Perhatian:

Bagi sistem pengendalian Windows Server, pastikan ciri Pengalaman Desktop dipasang.

  • Windows 10/Windows Server 2016

    Klik butang mula dan pilih EPSON > Epson Scan 2.

  • Windows 8.1/Windows 8/Windows Server 2012 R2/Windows Server 2012

    Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.

  • Windows 7/Windows Vista/Windows XP/Windows Server 2008 R2/Windows Server 2008/Windows Server 2003 R2/Windows Server 2003

    Klik butang mula dan pilih Semua Program atau Program > EPSON > Epson Scan 2.

Bermula pada Mac OS

Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software > Epson Scan 2.