Membuat Tetapan Pemajuan untuk Menerima Faks dengan Syarat yang Ditentukan

Anda boleh membuat tetapan pemajuan ke destinasi, alamat e-mel, folder kongsi atau mesin faks lain daripada pengirim yang ditentukan atau pada masa yang ditentukan. Jika anda membuat tetapan untuk memajukan faks yang diterima, tambahkan dahulu destinasi pemajuan ke senarai kenalan. Untuk memajukan kepada alamat e-mel, anda juga perlu mengkonfigurasi tetapan pelayan e-mel terlebih dahulu.

Mengkonfigurasi Pelayan Mel

Menetapkan Folder Rangkaian Kongsi

Menjadikan Kenalan Tersedia

Sebelum anda menggunakan ciri untuk memajukan faks yang diterima pada masa yang ditentukan, pastikan tetapan Tarikh/Masa dan Perbezaan Masa pencetak adalah betul. Akses menu dari Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Tetapan Tarikh/Masa.

Dokumen warna tidak dapat dimajukan kepada mesin faks lain. Itu akan diproses sebagai dokumen yang gagal dimajukan.

Perhatian:
  • Selain menggunakan panel kawalan pencetak, anda boleh menggunakan Web Config untuk membuat tetapan pemajuan untuk menerima faks. Pilih tab Fax > Tetapan Simpan/Majukan > Simpan/Majukan Bersyarat, pilih bilangan kotak rahsia dan pilih Edit serta buat tetapan destinasi pemajuan.

  • Anda juga boleh mencetak dan/atau menyimpan faks yang diterima pada masa yang sama. Buat tetapan pada skrin Edit yang disebut di atas.

  1. Pilih Tetapan pada panel kawalan pencetak dan kemudian pilih Tetapan Pencetak > Tetapan Faks.

  2. Pilih Tetapan Terima > Tetapan Simpan/Majukan > Simpan/Majukan Bersyarat, kemudian ketik pada kotak yang tidak berdaftar di bawah Simpan/Majukan Bersyarat.

  3. Pilih kotak Nama dan masukkan nama yang ingin anda daftarkan.

  4. Pilih kotak Syarat-syarat untuk membuat tetapan syarat.

    • Nombor Faks pghntar adlah spdan: Jika nombor faks masuk sepadan dengan syarat yang anda pilih dalam item ini, pencetak menyimpan dan memajukan faks yang diterima.
      Pilih syarat Nombor Faks pghntar adlah spdan dan masukkan nombor faks (maks. 20 digit) dengan memilih kotak Nombor Faks.
    • Padanan sesuai subalamat(SUB): Jika subalamat (SUB) ialah padanan sempurna, pencetak menyimpan dan memajukan faks yang diterima.
      Dayakan tetapan Padanan sesuai subalamat(SUB) dan masukkan kata laluan dengan memilih kotak Subalamat(SUB).
    • Padanan sesuai kata laluan(SID): Jika kata laluan (SID) dipadankan dengan sempurna, pencetak menyimpan dan memajukan faks yang diterima.
      Dayakan tetapan Padanan sesuai kata laluan(SID) dan masukkan kata laluan dengan memilih kotak Kata laluan(SID).
    • Masa Menerima: Pencetak menyimpan dan memajukan faks yang diterima semasa tempoh masa yang tertentu.
      Dayakan tetapan Masa Menerima dan kemudian, tetapkan masa dalam Masa Mula dan Masa Tamat.
  5. Pilih Destinasi Simpan/Majukan, kemudian buat tetapan untuk destinasi pemajuan.

    Pilih Majukan.

    Pilih Ya. Untuk mencetak dokumen-dokumen secara automatik sambil memajukannya, sebaliknya pilih Ya dan Cetak.

    Pilih Destinasi > Tambah Entri dan kemudian, pilih destinasi pemajuan daripada senarai kenalan. Anda boleh menentukan destinasi pemajuan.

    Apabila anda selesai memilih destinasi pemajuan, ketik Tutup.

    Pastikan bahawa destinasi pemajuan yang anda pilih adalah betul dan kemudian, pilih Tutup.

    Dalam Pilihan Apabila Pemajuan Gagal, pilih sama ada mahu mencetak dokumen yang diterima atau menyimpannya dalam Peti masuk pencetak apabila gagal memajukannya.

    Penting:

    Apabila Peti masuk atau peti sulit penuh, menerima faks dinyahdayakan. Anda perlu memadam dokumen dari peti masuk setelah disemak. Bilangan dokumen yang gagal untuk dimajukan dipaparkan pada di skrin utama, selain daripada tugas lain yang belum diproses.

  6. Pilih Tutup untuk melengkapkan Tetapan Destinasi Simpan/Majukan.

    Perhatian:

    Anda boleh menetapkan pencetak untuk menghantar e-mel kepada seseorang yang anda mahu maklumkan tentang hasil pemajuan faks apabila proses pemajuan selesai. Jika perlu, pilih Pemberitahuan E-mel, tetapkan proses, kemudian pilih destinasi yang hendak dihantar pemberitahuan daripada senarai kenalan.

  7. Pilih OK sehingga anda kembali ke skrin Tetapan Simpan/Majukan untuk melengkapkan Simpan/Majukan Bersyarat.

  8. Pilih kotak berdaftar yang anda telah lakukan tetapan syarat dan kemudian, pilih Dayakan.

Langkah ini melengkapkan proses penetapan penyimpanan bersyarat untuk menerima faks. Anda boleh menetapkan Tetapan Biasa jika perlu. Untuk butiran, lihat penerangan untuk Tetapan Biasa dalam menu Tetapan Simpan/Majukan.

Perhatian:
  • Langkah ini melengkapkan proses penetapan pemajuan bersyarat untuk menerima faks. Anda boleh menetapkan Tetapan Biasa jika perlu. Untuk butiran, lihat penerangan untuk Tetapan Biasa dalam menu Tetapan Simpan/Majukan.

  • Jika anda telah memilih folder dikongsi pada rangkaian atau alamat e-mel sebagai destinasi pemajuan, kami mengesyorkan anda menguji sama ada anda boleh menghantar imej yang diimbas ke destinasi dalam mod imbasan. Pilih Imbasan > E-mel atau Imbasan > Folder Rangkaian/FTP daripada skrin utama, pilih destinasi dan mulakan pengimbasan.