Anda boleh menemui menu pada panel kawalan pencetak di bawah.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Terima > Tetapan Simpan/Majukan > Tetapan Biasa
Pada skrin Web Config, anda boleh menemui menu di bawah.
Tab Fax > Fax Box > Inbox
Tab Fax > Save/Forward Settings > Common Settings
Anda boleh memilih operasi untuk mencetak faks yang diterima atau menolak daripada menerimanya apabila memori Peti masuk penuh.
Lindungi Peti masuk dengan kata laluan untuk menyekat pengguna daripada melihat faks yang diterima. Pilih Tukar untuk mengubah kata laluan dan pilih Tetapkan semula untuk membatalkan perlindungan kata laluan. Apabila mengubah atau menetapkan semula kata laluan, anda memerlukan kata laluan semasa.
Anda tidak boleh menetapkan kata laluan apabila Pilihan apabila ingatan penuh telah ditetapkan kepada Terima dan cetak faks.
Anda boleh menentukan subjek untuk e-mel semasa memajukan kepada alamat e-mel.
Memilih Hidup akan memadamkan secara automatik dokumen faks yang diterima dalam peti masuk selepas tempoh tertentu.
Tetapkan tempoh hari untuk pencetak memadamkan dokumen yang disimpan dalam peti masuk.
Pilih dokumen yang ingin anda padamkan daripada Dibaca, Blum Dbaca dan Smu.