Mengemas Kini Perisian Tegar tanpa Menyambung kepada Internet

Anda boleh memuat turun perisian tegar peranti daripada laman web Epson pada komputer dan kemudian, sambungkan peranti dan komputer dengan kabel USB untuk mengemas kini perisian tegar. Jika anda tidak boleh mengemas kini menerusi rangkaian, cuba kaedah ini.

  1. Akses laman web Epson dan muat turun perisian tegar tersebut.

  2. Sambungkan komputer yang mengandungi perisian tegar yang dimuat turun ke pencetak dengan kabel USB.

  3. Klik dua kali fail .exe yang dimuat turun.

    Epson Firmware Updater bermula.

  4. Ikut arahan pada skrin.