> Faks (Pencetak Berkeupayaan Faks Sahaja) > Menerima Faks pada Pencetak > Menyimpan dan Memajukan Faks yang Diterima

Menyimpan dan Memajukan Faks yang Diterima

Ringkasan Ciri

Jika organisasi anda mempunyai pentadbir pencetak, hubungi pentadbir anda untuk menyemak status tetapan pencetak.

Menyimpan Faks yang Diterima dalam Pencetak

Faks yang diterima boleh disimpan dalam pencetak dan anda boleh melihatnya pada skrin pencetak. Anda hanya boleh mencetak faks yang ingin dicetak atau padamkan faks yang tidak diperlukan.

Menyimpan dan/atau Memajukan Faks yang Diterima ke Destinasi Selain daripada Pencetak

Lokasi berikut boleh ditetapkan sebagai destinasi.

  • Komputer (penerimaan PC-FAKS)

  • Peranti memori luaran

  • Alamat e-mel

  • Folder kongsi pada rangkaian

  • Mesin faks lain

Perhatian:

Data faks disimpan sebagai format PDF atau TIFF.

Menyusun Faks yang Diterima mengikut Syarat seperti Subalamat dan Kata Laluan

Anda boleh menyusun dan menyimpan faks yang diterima ke Peti Masuk atau kotak papan buletin anda. Anda turut boleh memajukan faks yang diterima ke destinasi selain daripada pencetak.

  • Alamat e-mel

  • Folder kongsi pada rangkaian

  • Mesin faks lain

Perhatian:
  • Data faks disimpan sebagai format PDF atau TIFF.

  • Anda boleh mencetak keadaan simpan/majukan yang ditetapkan dalam pencetak. Pilih Faks pada skrin utama dan kemudian, pilih (Menu) > Laporan Faks > Senarai Simpan/Majukan Bersyarat.