Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.
Tingkatkan tahap ketumpatan apabila hasil salinan kabur. Mengurangkan tahap ketumpatan apabila dakwat comot.
Pilih sumber kertas yang anda mahu gunakan. Apabila Auto dipilih, saiz yang sesuai dimuatkan secara automatik bergantung pada saiz dokumen asal yang dikesan dan nisbah pembesaran yang ditentukan.
Konfigurasi nisbah pembesaran bagi pembesaran atau pengecilan. Ketik nilai dan tentukan pembesaran yang digunakan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal dalam julat 25 hingga 400%.
Auto
Mengesan kawasan imbasan dan membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal secara automatik untuk dimuatkan ke dalam saiz kertas yang anda pilih. Apabila terdapat margin putih sekeliling dokumen asal, margin putih daripada tanda sudut (
) kaca pengimbas dikesan sebagai kawasan imbasan tetapi margin di bahagian bertentangan boleh dipangkas.

Kertas Kurgkn utk Muat
Menyalin imej yang diimbas pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Kecilkan/Besarkan untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Kecilkan/Besarkan lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.
Saiz Sbnr
Menyalin pada saiz pembesaran 100%.
A3→A4 dan lain-lain
Membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal untuk dimuatkan pada saiz kertas tertentu.
Pilih jenis dokumen anda. Menyalin dalam kualiti optimum untuk dipadankan dengan jenis dokumen asal.
Pilih bentangan 2 muka.
1→1 Muka
Menyalin satu belah dokumen asal kepada satu belah kertas.
2>2 Muka
Menyalin kedua-dua belah dokumen asal dua belah kepada kedua-dua belah satu helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda serta kedudukan pengikatan dokumen asal dan kertas.
1>2 Muka
Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada kedua-dua muka pada satu helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda dan kedudukan pengikatan kertas.
2>1 Muka
Menyalin kedua-dua muka dokumen asal dua muka kepada satu muka pada dua helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda dan kedudukan pengikatan dokumen asal.
Pilih bentangan salinan.
Satu Hlmn
Menyalin satu dokumen asal satu muka kepada satu helaian.
2-atas
Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 2-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.
4-atas
Menyalin empat dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 4-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.
Pilih Menyusun (Urutan Hlmn) untuk mencetak dokumen berbilang halaman yang dikumpulkan mengikut susunan dan disusun menjadi set.

Pilih Kumpulan (Hlmn Sama) untuk mencetak dokumen berbilang halaman dengan mendapatkan halaman bernombor sama sebagai kumpulan.

Jika anda memilih Putar Isih dalam Tlk Kluar Kertas, anda boleh mencetak secara berselang-seli dalam arah potret dan arah landskap. Pilih Auto sebagai Tetapan Kertas semasa menggunakan ciri ini.
Tentukan tetapan ini apabila anda ingin membuat buku kecil daripada salinan anda.
Buku Kecil
Membolehkan anda membuat buku kecil daripada salinan anda.
Pengikatan
Pilih kedudukan ikatan untuk buku kecil.
Margin Pengikatan
Tentukan margin ikatan. Anda boleh menetapkan 0 hingga 50 mm sebagai margin ikatan dalam penambahan 1mm.
Penutup
Membolehkan anda menambahkan penutup pada buku kecil.
Tetapan Kertas
Pilih sumber kertas tempat anda mengisi kertas untuk penutup.
Penutup Depan
Tentukan tetapan cetak untuk penutup depan. Jika anda tidak mahu mencetak pada penutup depan, pilih Jangan cetak.
Penutup Belakang
Tentukan tetapan cetak untuk penutup belakang. Jika anda tidak mahu mencetak pada penutup belakang, pilih Jangan cetak.