Pilihan Menu untuk Hantar/Simpan

Perhatian:
  • Bergantung pada item, tetapan yang dipilih apabila fail disimpan ke storan akan digunakan secara automatik.

  • Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.

Ttpan Yg Disimpan/H&P/Warna:

Pilih warna untuk fail apabila menghantar atau menyimpan.

Format Fail:

Pilih format fail.

Apabila anda memilih PDF, PDF/A atau TIFF sebagai format fail, pilih sama ada hendak menyimpan semua dokumen sebagai satu fail (berbilang halaman) atau menyimpan setiap dokumen secara berasingan (satu halaman).

  • Nisbah Pemampatan:

    Pilih tahap pemampatan imej.

  • Tetapan PDF:

    Apabila anda memilih PDF sebagai tetapan format simpanan, gunakan tetapan ini untuk melindungi fail PDF.

    Untuk membuat fail PDF yang memerlukan kata laluan ketika membuka, tetapkan Kata Laluan Buka Dokumen. Untuk membuat fail PDF yang memerlukan kata laluan ketika mencetak atau mengedit, tetapkan Kata Laluan Kebenaran.

Resolusi:

Pilih resolusi.

Subjek:

Masukkan subjek untuk e-mel dalam aksara abjad angka dan simbol.

Saiz Fail Maks Dilampirkan:

Pilih saiz fail maksimum yang boleh dilampirkan kepada e-mel.

Nama Fail:
  • Awalan Nama Fail:

    Masukkan awalan untuk nama imej dalam aksara abjad angka dan simbol.

  • Tambah Tarikh:

    Tambahkan tarikh pada nama fail.

  • Tambah Masa:

    Tambahkan masa pada nama fail.

Penyulitan Mel:

Sulitkan e-mel semasa menghantar.

Tandatangan Digital:

Tambahkan tandatangan digital pada e-mel.