> Menyelesaikan Masalah > Tidak Dapat Menyelesaikan Masalah Selepas Mencuba Semua Penyelesaian > Tidak dapat Menyelesaikan Masalah Mencetak atau Menyalin

Tidak dapat Menyelesaikan Masalah Mencetak atau Menyalin

Cuba penyelesaian masalah berikut mengikut susunan dari atas sehingga anda dapat menyelesaikan masalah itu.

  • Pastikan anda memadankan jenis kertas yang diisi dalam pencetak dan jenis kertas yang ditetapkan pada pencetak dengan tetapan jenis kertas dalam pemacu pencetak.

    Tetapan Saiz dan Jenis Kertas

  • Gunakan tetapan kualiti lebih tinggi pada panel kawalan atau pemacu pencetak.

  • Pasang semula katrij dakwat yang telah dipasang dalam pencetak.

    Memasang semula kartrij dakwat boleh membersihkan muncung kepala cetak yang tersumbat dan membolehkan dakwat mengalir dengan lancar.

    Walau bagaimanapun, memandangkan dakwat digunakan semasa kartrij dakwat dipasang semula, satu mesej yang meminta anda menggantikan kartrij dakwat boleh dipaparkan bergantung kepada baki dakwat.

    Sudah Tiba Masanya untuk Menggantikan Katrij Dakwat

  • Jalankan pemeriksaan muncung untuk memeriksa jika muncung kepala cetak tersumbat.

    Sekiranya muncung tersumbat, bersihkan kepala cetakan.

    Harap maklum bahawa pembersihan kepala cetak menggunakan dakwat.

    Memeriksa Muncung Yang Tersumbat

  • Pastikan anda menggunakan kartrij dakwat Epson yang tulen.

    Cuba gunakan kartrij dakwat tulen Epson. Penggunaan kartrij dakwat bukan tulen boleh menyebabkan kualiti cetakan merosot.

    Kod Kartrij Dakwat

  • Pastikan tiada sisa serpihan kertas tertinggal di dalam pencetak.

  • Periksa kertas.

    Periksa sama ada kertas bergulung atau diisi dengan bahagian yang boleh dicetak menghadap ke atas.

    Langkah Berjaga-jaga Mengendalikan Kertas

    Kertas Tersedia dan Kapasiti

    Jenis Kertas Yang Tidak Tersedia

  • Pastikan anda tidak menggunakan kartrij dakwat lama.

    Untuk hasil terbaik, Epson mengesyorkan supaya menggunakan kartrij dakwat sebelum tarikh yang dicetak pada pakej atau dalam tempoh enam bulan selepas membuka pakej, mana-mana yang lebih awal.

Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan memeriksa penyelesaian di atas, anda mungkin perlu meminta pembaikan. Hubungi sokongan Epson.