Faks boleh diterima oleh pencetak dan disimpan dalam format PDF atau TIFF pada komputer yang disambungkan ke pencetak. Gunakan (aplikasi) FAX Utility untuk membuat tetapan.
Untuk mendapatkan butiran tentang cara pengendalian FAX Utility, lihat Operasi Asas dalam bantuan FAX Utility (dipaparkan pada tetingkap utama). Jika skrin masukan kata laluan dipaparkan pada skrin komputer semasa anda membuat tetapan, masukkan kata laluan. Sekiranya anda tidak tahu kata laluan, hubungi pentadbir pencetak anda.
Semak sama ada FAX Utility telah dipasang dan tetapan FAX Utility telah dibuat sebelum menggunakan ciri ini.
Aplikasi untuk Mengkonfigurasi Operasi Faks dan Menghantar Faks (FAX Utility)
Jika FAX Utility tidak dipasang, pasang FAX Utility menggunakan EPSON Software Updater (aplikasi untuk mengemas kini perisian).
Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)
Untuk menerima faks pada komputer, Mod Terima pada panel kawalan pencetak mesti ditetapkan kepada Auto. Hubungi pentadbir anda untuk mendapatkan maklumat tentang status tetapan pencetak. Untuk membuat tetapan pada panel kawalan pencetak, pilih Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Mod Terima.
Komputer yang ditetapkan untuk menerima faks hendaklah sentiasa dihidupkan. Dokumen yang diterima disimpan dalam memori pencetak buat sementara waktu sebelum dokumen disimpan pada komputer. Jika anda mematikan komputer itu, memori pencetak mungkin menjadi penuh kerana ia tidak boleh menghantar dokumen ke komputer.
Bilangan dokumen yang telah disimpan sementara dalam memori pencetak dipaparkan pada
pada skrin utama.
Untuk membaca faks yang diterima, anda perlu memasang pemapar PDF seperti Adobe Reader pada komputer.