> Menggunakan Storan > Membuat Folder

Membuat Folder

Pentadbir atau pengguna boleh membuat folder kongsi. Namun begitu, pengguna hanya boleh membuat folder kongsi apabila tetapan Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Storan > Kawalan Akses Folder Kongsi > Akses ditetapkan pada Dibenarkan dan tetapan Autoriti Operasi ditetapkan pada Pgguna.

Pengguna tidak boleh membuat Folder peribadi.

  1. Pilih Storan pada panel kawalan pencetak.

  2. Pilih .

  3. Tetapkan setiap item pada skrin Tetapan Storan.

    • Nombor Folder: nombor yang tidak digunakan diperuntukkan secara automatik.
    • Nama Folder (Diperlukan): masukkan sebarang nama dalam 30 huruf. Anda boleh memasukkan nama yang sudah wujud.
    • Kata Laluan Folder: tetapkan pada folder yang dilindungi kata laluan. Apabila anda menetapkan kata laluan, anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan semasa menyimpan fail ke folder, melihat fail dalam folder atau mengendalikan folder.
    • Tetapan Pemadaman Fail Automatik: pilih sama ada hendak memadamkan fail yang disimpan secara automatik atau tidak. Pilih Hidup untuk menetapkan Tempoh Sehingga Pemadaman. Fail akan dipadamkan secara automatik apabila tempoh yang ditetapkan telah berlalu selepas kali terakhir fail digunakan. Sekiranya fail tidak digunakan, fail akan dipadamkan apabila tempoh yang ditetapkan telah berlalu selepas fail disimpan. Pengguna boleh menetapkan ini apabila tetapan Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Storan > Kawalan Akses Folder Kongsi > Akses ditetapkan pada Dibenarkan dan tetapan Autoriti Tetapan Pemadaman Automatik ditetapkan pada Pgguna. Pentadbir boleh menetapkan ini tanpa mengira tetapan Autoriti Tetapan Pemadaman Automatik.