> Maklumat Pentadbir > Mengurus Pencetak > Tetapan Pentadbir > Mengkonfigurasi Kata Laluan Pentadbir > Mengkonfigurasi Kata Laluan Pentadbir daripada Panel Kawalan

Mengkonfigurasi Kata Laluan Pentadbir daripada Panel Kawalan

Anda boleh menetapkan kata laluan pentadbir daripada panel kawalan pencetak.

Perhatian:

Apabila dasar kata laluan tersedia, masukkan kata laluan yang memenuhi syarat.

Anda boleh membuat tetapan untuk dasar kata laluan dengan memilih Tetapan > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem > Tetapan Keselamatan > Dasar Kata Laluan.

  1. Pilih Tetapan pada panel kawalan pencetak.

  2. Pilih Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem > Tetapan Keselamatan > Tetapan Pentadbir.

  3. Pilih Kata Laluan Pentadbir > Daftar.

  4. Masukkan kata laluan baru.

  5. Masukkan kata laluan sekali lagi.

Perhatian:

Anda boleh mengubah atau memadamkan kata laluan pentadbir apabila anda memilih Tukar atau Pulihkan Tetapan Lalai pada skrin Kata Laluan Pentadbir dan masukkan kata laluan pentadbir.