Apabila mengisi kertas lebih panjang daripada saiz yang sah, panjangkan dulang output dan kemudian naikkannya.

Panjangkan kaset kertas dan kemudian tolak panduan tepi ke kedudukan maksimum.

Dengan bahagian yang boleh dicetak menghadap ke bawah, isikan satu helaian kertas yang tidak melebihi simbol segi tiga di hujung kaset. Tarik panduan tepi hingga rapat ke sisi kertas.

Sambil memegang kertas secara stabil dengan tangan anda, masukkan kaset kertas sehingga ia berbunyi.

Turunkan dulang output. Pilih Tetapan Pengguna sebagai tetapan saiz kertas.

Pastikan hujung kertas dipotong secara tegak lurus. Potongan condong boleh menyebabkan masalah suapan kertas.
Sekiranya kertas digulung, ratakan atau gulung sedikit dalam arah bertentangan sebelum memuat. Mencetak atas kertas bergulung boleh menyebabkan kertas tersekat dan comot pada cetakan.
Jangan sentuh kertas yang sedang disuap atau ditolak keluar. Langkah ini boleh menyebabkan tangan anda cedera atau menyebabkan kualiti cetakan merosot.