> Pengimbasan > Mengimbas Dokumen ke Peranti Memori > Pilihan Imbasan untuk Mengimbas ke Peranti Memori

Pilihan Imbasan untuk Mengimbas ke Peranti Memori

Mod Warna:

Pilih sama ada hendak mengimbas dalam warna atau monokrom.

Format Fail:

Pilih format untuk menyimpan imej yang diimbas.

Apabila anda memilih PDF, PDF/A atau TIFF sebagai format fail, pilih sama ada hendak menyimpan semua dokumen sebagai satu fail (berbilang halaman) atau menyimpan setiap dokumen secara berasingan (satu halaman).

  • Nisbah Pemampatan:

    Pilih tahap pemampatan imej yang diimbas.

  • Tetapan PDF:

    Apabila anda memilih PDF sebagai tetapan format simpanan, gunakan tetapan ini untuk melindungi fail PDF.

    Untuk membuat fail PDF yang memerlukan kata laluan ketika membuka, tetapkan Kata Laluan Buka Dokumen. Untuk membuat fail PDF yang memerlukan kata laluan ketika mencetak atau mengedit, tetapkan Kata Laluan Kebenaran.

Kualiti
  • Resolusi:

    Pilih resolusi imbasan.

  • Jenis Dokumen:

    Pilih jenis dokumen anda.