Buat tetapan untuk menyusun, memilih dan menyahpilih data imej.
Tetapan Kertas
Tentukan tetapan sumber kertas yang anda ingin gunakan untuk pencetakan.
Bentangan
Pilih cara bentangan fail JPEG. Dgn Sempadan adalah untuk mencetak satu fail setiap helaian dengan margin di keliling bahagian tepi. 20-atas adalah untuk mencetak 20 fail pada satu helaian. Indeks adalah untuk membuat cetakan indeks dengan maklumat.
Muatkan Bingkai
Pilih Hdp untuk memangkas imej untuk dimuatkan dalam bentangan cetakan yang dipilih secara automatik. Jika nisbah bidang data imej dan saiz kertas berbeza, imej secara automatik dibesarkan atau dikecilkan supaya sisi pendek sepadan dengan sisi pendek kertas. Sisi panjang imej dipotong jika melebihi sisi panjang kertas. Ciri ini mungkin tidak berfungsi untuk foto panorama.
Kualiti
Pilih Tinggi untuk cetakan berkualiti lebih tinggi, tetapi kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.
Tarikh
Pilih format tarikh foto diambil atau disimpan. Tarikh tidak dicetak untuk sesetengah bentangan.
Kosongkan Semua Tetapan
Menetapkan semula semua tetapan kepada tetapan lalainya.