Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.
Pilihan Menu Lanjutan untuk Menyalin
Tetapan Kertas
Pilih saiz dan jenis kertas yang anda isikan.
Zum
Konfigurasi nisbah pembesaran bagi pembesaran atau pengecilan. Ketik nilai dan tentukan pembesaran yang digunakan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal dalam julat 25 hingga 400%.
Auto
Besarkan atau kurangkan saiz asal secara automatik kepada pembesaran saiz kertas. Sebagai contoh, jika anda menetapkan saiz asal kepada A6 dan menetapkan saiz kertas kepada A4, pembesaran dilaraskan secara automatik kepada 200.
Apabila terdapat margin putih sekeliling dokumen asal, margin putih daripada tanda sudut () kaca pengimbas dikesan sebagai kawasan imbasan tetapi margin di bahagian bertentangan boleh dipangkas.
Kertas Kurgkn utk Muat
Menyalin imej yang diimbas pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Zum untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Zum lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.
Saiz Sebenar
Menyalin pada saiz pembesaran 100%.
A4→A5 dan lain-lain
Membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal untuk dimuatkan pada saiz kertas tertentu.
Saiz Dokumen
Pilih saiz dokumen asal anda. Semasa menyalin dokumen asal bersaiz bukan standard, pilih saiz paling hampir kepada dokumen asal anda.
Berbl. Hlmn
Pilih bentangan salinan.
Satu Halaman
Menyalin satu dokumen asal satu muka kepada satu helaian.
2-atas
Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 2-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.
4-atas
Menyalin empat dokumen asal satu muka kepada satu helaian dalam bentangan 4-ke atas. Pilih susunan bentangan dan orientasi dokumen asal anda.
Jenis Dokumen
Pilih jenis dokumen anda. Menyalin dalam kualiti optimum untuk dipadankan dengan jenis dokumen asal.
Menyelesaikan
Pilih cara untuk menolak keluar kertas bagi berbilang salinan daripada berbilang dokumen asal.
Kumpulan (Hlmn Sama)
Menyalin dokumen asal mengikut halaman sebagai kumpulan.
Menyusun (Urutan Hlmn)
Menyalin dokumen asal yang dikumpulkan mengikut susunan dan disusun menjadi set.
Orientasi(Asal)
Pilih orientasi dokumen asal anda.
Kualiti Imej
Laraskan tetapan imej.
Kontras
Laraskan perbezaan antara bahagian cerah dan gelap.
Ketajaman
Laraskan garis bentuk imej.
Alih Keluar Latar Belakang
Laraskan ketumpatan warna latar belakang. Ketik + untuk menjadikannya cerah (putih) dan ketik - untuk menjadikannya gelap (hitam).
Margin Pengikatan
Pilih kedudukan ikatan, margin dan orientasi dokumen anda.
Kertas Kurgkn utk Muat
Menyalin imej yang diimbas pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Zum untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Zum lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.
Buang Bayang
Membuang bayang yang muncul di keliling salinan semasa menyalin kertas tebal atau yang muncul di tengah salinan semasa menyalin buku kecil.