Pilih cara bentangan fail JPEG. 1-atas adalah untuk mencetak satu fail setiap halaman. 20-atas adalah untuk mencetak 20 fail setiap halaman. Indeks adalah untuk membuat cetakan indeks dengan maklumat.
Muatkan Bingkai
Pilih Hidup untuk memangkas imej untuk dimuatkan dalam bentangan cetakan yang dipilih secara automatik. Jika nisbah bidang data imej dan saiz kertas berbeza, imej secara automatik dibesarkan atau dikecilkan supaya sisi pendek sepadan dengan sisi pendek kertas. Sisi panjang imej dipotong jika melebihi sisi panjang kertas. Ciri ini mungkin tidak berfungsi untuk foto panorama.
Kualiti
Pilih Terbaik untuk cetakan berkualiti lebih tinggi, tetapi kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.
Tarikh
Pilih format tarikh foto diambil atau disimpan. Tarikh tidak dicetak untuk sesetengah bentangan.