> Menyelesaikan Masalah > Kertas Tersekat

Kertas Tersekat

Periksa ralat yang dipaparkan pada panel kawalan dan ikut arahan untuk mengeluarkan kertas yang tersekat termasuk sebarang kepingan yang terkoyak. Seterusnya, padamkan ralat.

Awas:

Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Berhati-hati untuk tidak menyentuh bahagian yang menonjol bagi mengelakkan kecederaan.

Penting:

Keluarkan kertas yang tersekat dengan berhati-hati. Mengeluarkan kertas secara kasar boleh menyebabkan kerosakan kepada pencetak.