Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Persediaan Pencetak
Persediaan Pencetak
Tetapan Punca Kertas
Persediaan Kertas
Pilih saiz kertas dan jenis kertas yang anda muatkan dalam sumber kertas.
Pprn Auto Prsd Krts
Pilih Hidup untuk memaparkan skrin Persediaan Kertas semasa memuatkan kertas dalam sumber kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.
Mod Senyap
Pilih Hidup untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak.
Pemasa Matikan Kuasa
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Tetapan Mati Kuasa
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pemasa Matikan Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsambungkan
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.
Masa Kering Dakwat
Pilih masa pengeringan dakwat yang ingin digunakan semasa melakukan cetakan 2 muka. Pencetak mencetak bahagian lain selepas mencetak pada satu bahagian. Jika cetakan anda comot, tingkatkan tetapan masa.