> Menyelesaikan Masalah > Kertas Tersekat > Mengeluarkan Kertas Yang Tersekat

Mengeluarkan Kertas Yang Tersekat

Awas:
  • Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup unit pengimbas. Jika tidak, anda mungkin tercedera.

  • Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Berhati-hati untuk tidak menyentuh bahagian yang menonjol bagi mengelakkan kecederaan.

  1. Keluarkan kertas yang tersekat daripada penyuap kertas belakang.

  2. Keluarkan penutup belakang.

  3. Keluarkan kertas yang tersangkut dari penutup belakang.

  4. Keluarkan kertas yang tersekat.

  5. Masukkan penutup belakang dalam pencetak.

  6. Buka unit pengimbas dengan penutup dokumen itu ditutup.

  7. Keluarkan kertas yang tersekat.

    Penting:

    Jangan sentuh kabel leper putih atau filem lut sinar di dalam pencetak. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan.

  8. Tutup unit pengimbas.

    Untuk keselamatan, unit pengimbas ditutup dalam dua langkah.

    Perhatian:

    Unit pengimbas tidak boleh dibuka daripada kedudukan yang ditunjukkan di bawah. Tutup sepenuhnya sebelum membukanya.