> Pengimbasan > Mengimbas Dokumen Asal kepada Awan

Mengimbas Dokumen Asal kepada Awan

Anda boleh menghantar imej yang diimbas kepada perkhidmatan awan. Sebelum menggunakan ciri ini, buat tetapan menggunakan Epson Connect. Lihat laman web portal Epson Connect berikut untuk maklumat lanjut.

https://www.epsonconnect.com/

http://www.epsonconnect.eu (Eropah sahaja)

  1. Pastikan anda telah membuat tetapan menggunakan Epson Connect.

  2. Letakkan dokumen asal.

    Meletakkan Dokumen

  3. Pilih Imbasan pada panel kawalan.

    Untuk memilih item, gunakan butang dan kemudian, tekan butang OK.

  4. Pilih Awan.

  5. Pilih di bahagian atas skrin dan kemudian pilih destinasi.

  6. Tetapkan item pada tab Imbasan seperti format simpanan.

    Pilihan Menu untuk Mengimbas

  7. Pilih tab Tetapan Lanjutan dan kemudian semak tetapan dan ubah jika perlu.

  8. Pilih tab Imbasan sekali lagi dan kemudian, tekan butang .

Perhatian:

Warna, saiz dan sempadan imej yang diimbas tidak akan benar-benar sama seperti dokumen.