Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Tetapan Pencetak
Tetapan Pencetak
Tetapan Sumber Kertas
Persediaan Kertas
Pilih saiz kertas dan jenis kertas yang anda muatkan dalam sumber kertas. Anda boleh membuat Tetapan Kertas Kegemaran dalam saiz kertas dan jenis kertas. Pilih untuk kembali kepada tetapan terakhir yang anda buat.
Pprn Auto Persediaan Krts
Pilih Hdp untuk memaparkan skrin Persediaan Kertas semasa memuatkan kertas dalam sumber kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.
Mod Senyap
Pilih Hdp untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak.
Masa Kering Dakwat
Pilih masa pengeringan dakwat yang ingin digunakan semasa melakukan cetakan 2 muka. Pencetak mencetak bahagian lain selepas mencetak pada satu bahagian. Jika cetakan anda comot, tingkatkan tetapan masa.
Sambungan PC melalui USB
Pilih Dayakan untuk membolehkan komputer mengakses pencetak semasa disambungkan melalui USB. Apabila Nyahdaya dipilih, cetakan dan imbasan yang tidak dihantar melalui sambungan rangkaian akan disekat.