> Penjagaan Pencetak > Mempertingkatkan Kualiti Cetakan > Membersihkan Laluan Kertas > Membersihkan Laluan Kertas untuk Dakwat Comot

Membersihkan Laluan Kertas untuk Dakwat Comot

Apabila cetakan menjadi comot atau haus, bersihkan bahagian dalam penggelek.

Penting:
  • Berhati-hati dengan menjauhkan air daripada komponen elektronik.

  • Jangan sembur pelincir ke dalam produk.

  • Minyak yang tidak sesuai boleh merosakkan mekanisme. Hubungi pengedar anda atau individu servis yang berkelayakan jika pelinciran diperlukan.

  • Jangan gunakan kertas tisu untuk membersihkan bahagian dalam pencetak. Muncung kepala cetak mungkin tersumbat dengan lin.

  1. Muatkan kertas biasa bersaiz A4 ke dalam kaset kertas 2.

  2. Tarik keluar dulang output. .

  3. Tekan butang untuk menyuap dan menolak keluar kertas.

  4. Ulang prosedur di atas sehingga kertas tersebut tidak comot dengan dakwat.

    Jika kertas masih lagi kotor dengan dakwat walaupun selepas membersihkannya beberapa kali, pergi ke langkah seterusnya.

  5. Matikan pencetak dengan menekan butang .

  6. Cabut palam kord kuasa dan kemudian putuskan sambungan kord kuasa.

  7. Tarik keluar dulang output.

  8. Lap dengan perlahan kedua-dua penggulung putih menggunakan kain lembut dan lembap.

  9. Sambungkan kord kuasa.