Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup unit pengimbas. Jika tidak, anda mungkin tercedera.
Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Berhati-hati untuk tidak menyentuh bahagian yang menonjol bagi mengelakkan kecederaan.
Buka unit pengimbas dengan penutup dokumen itu ditutup.

Keluarkan kertas yang tersekat.

Jangan sentuh kabel leper putih dan filem lut sinar di dalam pencetak. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan.

Tutup unit pengimbas.

Unit pengimbas direka untuk menutup secara perlahan dan terdapat sedikit rintangan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jari tersepit. Teruskan menutup walaupun anda merasakan sedikit rintangan.
Alih keluar penutup belakang.

Keluarkan kertas yang tersekat.

Alih keluar kertas tersekat daripada penutup belakang.

Masukkan penutup belakang ke dalam pencetak.
Tutup dulang output.
Tarik keluar kaset kertas.
Untuk kaset kertas 2, angkat sedikit dan tariknya keluar.

Keluarkan kertas yang tersekat.

Sejajarkan tepi kertas dan luncurkan panduan tepi kepada tepi kertas.

Masukkan kaset kertas ke dalam pencetak.