> Menyalin > Menyalin Label CD/DVD

Menyalin Label CD/DVD

Anda boleh menyalin label cakera atau dokumen asal segi empat sama seperti foto pada label CD/DVD.

Penting:
  • Sebelum mencetak CD/DVD, lihat langkah berjaga-jaga semasa pengendalian CD/DVD.

    Peringatan Pengendalian CD/DVD

  • Jangan masukkan dulang CD/DVD semasa pencetak sedang beroperasi. Ini boleh merosakkan pencetak.

  • Jangan sisipkan dulang CD/DVD sehingga anda diarahkan untuk berbuat demikian. Jika tidak, ralat berlaku dan CD/DVD ditolak keluar.

  1. Pilih Various Prints pada panel kawalan.

  2. Pilih Copy to CD/DVD > Copy to CD/DVD.

  3. Letakkan dokumen asal mengikut arahan yang dipaparkan pada skrin dan kemudian pilih Proceed to set up Outer/Inner.

    Jika CD/DVD tidak diletakkan dengan tepat di tengah, kedudukan dilaraskan secara automatik.

  4. Tentukan diameter dalaman dan diameter luaran menggunakan , kemudian pilih Select Type.

    Anda turut boleh memilih dalam bingkai diameter dalaman atau diameter luaran, kemudian memasukkan nilai menggunakan pad kekunci pada skrin.

    Perhatian:
    • Anda boleh menetapkan 114 hingga 120 mm sebagai diameter luaran dan 18 hingga 46 mm sebagai diameter dalaman dalam kenaikan 1 mm.

    • Diameter luaran dan diameter dalaman yang anda tetapkan dipulihkan kepada nilai lalainya selepas mencetak label cakera. Anda perlu menetapkan diameter ini setiap kali anda mencetak.

    Pilihan Menu untuk Copy to CD/DVD

  5. Pilih Print on CD/DVD.

    Perhatian:

    Untuk membuat cetakan ujian, pilih Test print on A4 paper dan kemudian muatkan kertas biasa bersaiz A4 dalam kaset kertas. Anda boleh menyemak imej cetakan sebelum mencetak label CD/DVD.

  6. Apabila mesej dipaparkan pada skrin yang memberitahu anda untuk memasukkan CD/DVD, pilih How To dan ikut arahan pada skrin untuk memasukkan CD/DVD.

    Penting:

    Letakkan CD/DVD pada dulang CD/DVD dengan permukaan cetakan menghala ke atas. Tekan bahagian tengah CD/DVD untuk menetapkannya dengan kukuh pada dulang CD/DVD. Jika tidak, CD/DVD mungkin tertanggal daripada dulang. Terbalikkan dulang untuk memeriksa bahawa CD/DVD terlekat kukuh dalam dulang.

    Perhatian:

    Anda mungkin merasa sedikit geseran ketika menyisipkan dulang ke dalam pencetak. Ini adalah normal dan anda harus terus menyisipnya secara mendatar.

  7. Pilih Installed.

  8. Pilih tab Print on CD/DVD, pilih salinan warna atau salinan monokrom dan kemudian, ubah keamatan warna seperti yang diperlukan.

    Perhatian:

    Pilih untuk melihat imej yang diimbas. Anda boleh melaraskan kedudukan percetakan pada skrin pratonton.

    Pilihan Menu untuk Copy to CD/DVD

  9. Pilih tab Advanced Settings dan ubah tetapan jika perlu.

    Pilihan Menu untuk Copy to CD/DVD

  10. Pilih tab Print on CD/DVD dan kemudian, ketik .

  11. Apabila pencetakan selesai, dulang CD/DVD ditolak keluar. Keluarkan dulang daripada pencetak dan ikut arahan pada skrin untuk memilih Printing Complete.

    Penting:

    Selepas pencetakan selesai, pastikan anda mengeluarkan dulang CD/DVD. Jika anda tidak mengeluarkan dulang dan menghidupkan atau mematikan pencetak atau menjalankan pembersihan kepala, dulang CD/DVD akan melanggar kepala cetak dan boleh menyebabkan kerosakan kepada pencetak.

  12. Keluarkan CD/DVD dan simpan dulang CD/DVD di bahagian bawah kaset kertas 2.