> Pengimbasan > Mengimbas Dokumen ke Komputer > Mengimbas daripada Panel Kawalan

Mengimbas daripada Panel Kawalan

Perhatian:

Untuk menggunakan ciri ini, pastikan aplikasi berikut dipasang pada komputer anda.

  • Epson Event Manager

  • Epson Scan 2

Lihat yang berikut untuk menyemak aplikasi yang dipasang.

/Windows 10: Klik butang mula, kemudian pilih Sistem WindowsPanel KawalanProgramProgram dan Ciri.

/Windows 8.1/Windows 8: Pilih DesktopTetapanPanel KawalanProgramProgram dan Ciri.

/Windows 7: Klik butang mula dan pilih Panel KawalanProgramProgram dan Ciri.

Mac OS: Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software.

  1. Letakkan dokumen asal.

    Meletakkan Dokumen pada kaca pengimbas

  2. Pilih Scan pada panel kawalan.

  3. Pilih Computer.

  4. Pilih komputer mana untuk menyimpan imej yang diimbas.

    • Jika skrin Select Computer dipaparkan, pilih komputer daripada skrin.
    • Jika skrin Scan to Computer dipaparkan dan komputer sudah dipilih, pastikan komputer yang dipilih adalah betul. Jika anda mahu menukar komputer, pilih dan kemudian, pilih komputer lain.
    Perhatian:
    • Apabila pencetak disambungkan ke rangkaian, anda boleh memilih komputer tempat anda ingin menyimpan imej yang diimbas. Anda boleh memaparkan sehingga 20 komputer pada panel kawalan pencetak. Jika anda menetapkan Nama Imbasan Rangkaian (Abjad angka) dalam Epson Event Manager, dipaparkan pada panel kawalan.

  5. Pilih untuk memilih cara hendak menyimpan imej yang diimbas ke komputer.

    • Save as JPEG: Menyimpan imej yang diimbas dalam format JPEG.
    • Save as PDF: Menyimpan imej yang diimbas dalam format PDF.
    • Attach to e-mail: Memulakan klien e-mel pada komputer anda dan kemudian, melampirkannya ke e-mel secara automatik.
    • Follow custom setting: Menyimpan imej yang diimbas menggunakan tetapan pada Epson Event Manager. Anda boleh menukar tetapan imbasan seperti saiz imbasan, folder untuk disimpan atau format simpanan.
  6. Ketik .

Perhatian:

Warna, saiz dan sempadan imej yang diimbas tidak akan benar-benar sama seperti dokumen.