Pilihan Menu untuk Penyelenggaraan

Pilih Penyelenggaraan pada panel kawalan pencetak.

Cetak Pemerik Nozel Kepala:

Pilih ciri ini untuk memeriksa jika muncung kepala cetak tersumbat. Pencetak akan mencetak corak pemeriksaan muncung.

Cetak Pembersihan Kepala:

Pilih ciri ini untuk membersihkan muncung yang tersumbat dalam kepala cetak.

Pembersihan Dakwat:

Pilih ciri ini untuk melakukan pembersihan kuasa jika kepala cetak tersumbat teruk atau masih tersumbat selepas berkali-kali melakukan pembersihan standard. Lebih banyak dakwat digunakan berbanding pembersihan biasa.

Pensejajaran Kepala Cetakan:

Pilih ciri ini untuk melaraskan kepada cetak bagi meningkatkan kualiti cetakan.

  • Penjajaran Menegak

    Pilih ciri ini jika cetakan anda kelihatan kabur atau teks dan garisan tidak sejajar.

  • Penjajaran Mendatar

    Pilih ciri ini jika jalur mendatar kerap kelihatan dalam cetakan anda.

Penggantian Kartrij Dakwat:

Gunakan ciri ini untuk menggantikan katrij dakwat sebelum dakwat habis.

Pembersihan Panduan Kertas:

Pilih ciri ini jika terdapat kotoran dakwat pada penggulung dalaman. Pencetak menyuap kertas untuk membersihkan penggulung dalaman.