> Memuatkan Kertas dan CD/DVD > Memuatkan Kertas > Nota berkenaan Mengisi Kertas

Nota berkenaan Mengisi Kertas

Pencetak ini mempunyai tiga sumber kertas. Isikan kertas dengan saiz dan jenis yang sesuai untuk disesuaikan dengan keperluan pencetakan anda.

Slot suapan kertas belakang

  • Anda boleh memuatkan satu helaian semua jenis kertas yang disokong.

  • Anda juga boleh memuatkan kertas tebal (sehingga 0.6 mm tebal), kertas bersaiz kecil seperti kad perniagaan dan kertas ditebuk dahulu, yang tidak boleh dimuatkan di dalam kaset kertas.

Kaset kertas 1

  • Anda boleh memuatkan berbilang helaian kertas foto bersaiz kecil.

  • Jika anda memuatkan kertas yang sama di dalam kaset kertas 1 dan kaset kertas 2 serta memilih Kaset 1->2 sebagai sumber kertas, pencetak memuatkan kertas secara automatik daripada kaset kertas 2 apabila kehabisan kertas di dalam kaset kertas 1.

Kaset kertas 2

Kami mengesyorkan agar kertas biasa bersaiz A4 dimuatkan kerana ia kerap digunakan.