Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Tetapan Asas
Tetapan Asas
Bunyi
Laraskan kelantangan.
Hias Latar
Pilih Data Kad Memori untuk memaparkan foto sebagai tayangan slaid apabila tiada operasi dilakukan selama kira-kira tiga minit.
Kecerahan LCD
Laraskan kecerahan skrin LCD.
Auto Hidupkan Kuasa
Pilih Hidup untuk menghidupkan pencetak secara automatik apabila ia menerima tugas cetakan atau imbasan melalui sambungan USB atau sambungan rangkaian.
Mendayakan Auto Hidupkan Kuasa akan meningkatkan sedikit penggunaan kuasa dalam status tunggu sedia berbanding dengan mematikan pencetak sepenuhnya. Selain itu, ia mengambil masa yang lebih lama untuk mematikan kuasa. Biarkan kord kuasa dipalam masuk semasa menggunakan ciri ini. Jika anda mencabut palam kord kuasa, pastikan lampu kuasa dimatikan.
Gunakan tetapan Pemasa Matikan Kuasa jika anda mahu pencetak dimatikan secara automatik apabila tugas cetak atau imbasan diselesaikan dan tempoh masa yang ditetapkan telah berlalu tanpa melakukan operasi. Ini berguna apabila mencetak daripada lokasi jauh seperti melalui Internet.
Pemasa Matikan Kuasa
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Tetapan Mati Kuasa
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pemasa Matikan Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsmbngkn
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.