Sekiranya mesej ralat dipaparkan pada skrin LCD, ikut arahan pada skrin atau penyelesaian di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
|
Mesej Ralat |
Penyelesaian |
|---|---|
|
Gabungan alamat IP dan topeng subnet tidak sah. Lihat dokumentasi anda utk butiran lanjut. |
Masukkan alamat IP yang betul atau get laluan lalai. Hubungi orang yang menyediakan rangkaian untuk mendapatkan bantuan. |
|
Dakwat kehabisan. |
Anda boleh terus mencetak sehingga anda digesa untuk menggantikan kartrij dakwat. Bagaimanapun, ambil perhatian bahawa pencetak tidak boleh mencetak jika mana-mana kartrij dakwat sudah habis. Sediakan kartrij baru secepat mungkin. Apabila dakwat hitam semakin berkurang dan baki dakwat warna adalah mencukupi, lihat perkara berikut. Teruskan Mencetak untuk Menjimatkan Dakwat Hitam (untuk Windows Sahaja) |
|
Kandungan kartrij dakwat kurang. Tugas cetakan mungkin tidak dicetak dengan lengkap. |
Pilih Teruskan mencetak atau Gantikan sebelum mencetak. Apabila anda memilih Teruskan mencetak, pencetak boleh berhenti mencetak yang menunjukkan sudah tiba masanya untuk menggantikan katrij dakwat. Dalam hal ini, ikut langkah di bawah.
Apabila pencetak berhenti semasa menyalin, ini menunjukkan sudah tiba masanya untuk menggantikan katrij, dokumen pada kaca pengimbas mungkin bergerak semasa anda membuka dan menutup unit pengimbas untuk menggantikan katrij. Letakkan dokumen dengan menjajarkannya dengan tanda sudut pada kaca pengimbas dan mulakan menyalin. |
|
Anda perlu menggantikan kartrij dakwat berikut. |
Untuk memastikan anda menerima kualiti cetakan premium dan untuk membantu melindungi kepala cetak anda, simpanan keselamatan dakwat boleh ubah kekal dalam kartrij apabila pencetak menunjukkan sudah tiba masa untuk menggantikan kartrij. Gantikan katrij apabila anda digesa untuk berbuat demikian. Apabila dakwat warna habis digunakan dan dakwat hitam masih berbaki, lihat perkara berikut. |
|
Pelarasan dibatalkan. Terdapat masalah dengan muncung kepala cetakan. Untuk butiran, lihat dokumen. |
Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas berkali-kali memeriksa muncung dan membersihkan kepala sebanyak 3 kali, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam tanpa mencetak, lakukan pemeriksaan muncung sekali lagi dan kemudian, ulangi pembersihan kepala jika perlu. Kami mengesyorkan supaya anda mematikan pencetak menggunakan butang Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas menjalankan Pembersihan Dakwat, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam tanpa mencetak dan kemudian, cetak corak pemeriksaan muncung sekali lagi. Jalankan Membersihkan kepala cetak atau Pembersihan Dakwat sekali lagi bergantung pada corak yang dicetak. Sekiranya kualiti masih tidak bertambah baik, hubungi sokongan Epson. |
|
Akses berikut atau lihat dokumentasi untuk butiran. Pilih [Faham] selepas mengesahkannya. |
Jika anda tidak boleh mengimbas kod QR, sambungkan dengan peranti pintar. Lihat yang berikut untuk mendapatkan butiran lanjut. |
|
Tidak cam Kartrij Dakwat. Pilih "Seterusnya" utk kosongkan ralat. |
|
|
Ralat komunikasi. Periksa sama ada komputer bersambung. |
Sambungkan komputer dan pencetak dengan betul. Jika anda menyambung melalui rangkaian, lihat halaman yang menerangkan kaedah sambungan rangkaian daripada komputer. Sekiranya mesej ralat dipaparkan semasa mengimbas, pastikan Epson ScanSmart telah dipasang pada komputer. |
|
Kemas kini sijil punca untuk menggunakan perkhidmatan awan. |
Jalankan Web Config, kemudian kemas kini sijil akar. |
|
Pasang perisian dalam komputer untuk menggunakan ciri ini. Lihat dokumen untuk butiran lanjut. |
Pasang Epson ScanSmart pada komputer. |
|
Semak yang berikut apabila komputer tidak ditemui. - Sambungan antara pencetak dan komputer (USB atau rangkaian) - Pemasangan perisian diperlukan - Kuasa komputer - Tetapan untuk firewall dan banyak lagi - Cari lagi Lihat dokumen anda untuk butiran lanjut. |
Pastikan komputer disambungkan dengan betul. Pastikan Epson ScanSmart dipasang pada komputer. |
|
Pastikan ttpn port pencetak (seperti Alamat IP) atau pemacu pencetak betul melalui komp. |
Klik Giliran Mencetak pada tab pemacu pencetak Penyelenggaraan. Pastikan port pencetak dipilih dengan betul dalam Ciri > Port dari menu Pencetak seperti berikut. Pilih “USBXXX” untuk sambungan USB atau “EpsonNet Print Port” untuk Pastikan pemacu pencetak dipasang pada sambungan rangkaian. |
|
Pastikan ttpn port atau pemacu pencetak betul melalui komputer. Lihat dokumentasi utk butiran. |
|
|
Konfigurasi Kertas ditetapkan kepada Mati. Beberapa ciri mungkin tidak tersedia. Untuk butiran, lihat dokumentasi anda. |
Sekiranya Konfigurasi Kertas dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint. |
|
Tidak dapat menggunakan Peranti Memori yang dimasukkan. Lihat dok untuk butiran. |
Gunakan peranti memori yang disokong oleh produk. |
|
Pad dakwat pencetakan tanpa sempadan pct sudah meraih phj hayat pkhmtnnya. Ini bukan bahagian yang boleh digantikan oleh pengguna. Sila hubungi sokongan Epson. |
Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna. Pencetakan tanpa sempadan tidak tersedia tetapi pencetakan dengan sempadan tersedia. |
|
Pad dakwat pencetakan tanpa sempadan pencetak hampir tamat hayat pkhmtnnya. Ini bukan bahagian yang boleh digantikan oleh pengguna. Sila hubungi sokongan Epson. |
Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna. Ketik OK untuk menyambung semula cetakan. |
|
Ralat Pencetak Matikan kuasa dan hidupkan sekali lagi. Jika masalah berterusan, tekan "Teruskan". |
Lakukan yang berikut. 1. Buka unit pengimbas dan keluarkan sebarang kertas atau bahan perlindungan di dalam pencetak. Bersihkan filem lut sinar jika kotor. Mengeluarkan Kertas Yang Tersekat 2. Tutup unit pengimbas serta matikan kuasa dan hidupkan semula. Sekiranya mesej ralat masih dipaparkan selepas mematikan dan menghidupkan semula kuasa, hubungi sokongan Epson. |
|
Ralat berlaku semasa menyimpan. Semak dan jika perlu, tukar peranti memori. |
Peranti storan luaran seperti kad memori mungkin rosak. Semak sama ada peranti tersedia. |
|
Tidak dpt mengenal pasti media. Lihat dokumentasi anda utk dapatkn butiran tentang media |
Gunakan peranti memori yang disokong oleh produk. |
|
Kertas terus berada di dalam kerana diletakkan di sisi. Letakkan XX saiz kertas dalam XX. Tekan [Complete/Lengkap] untuk mengeluarkan kertas di dalam. |
Isi kertas bersaiz A4 dalam slot suapan kertas belakang dan ketik Selesai. Isi semula kertas yang dikeluarkan dalam arah potret dan menjajarkannya dengan tanda anak panah di tengah-tengah slot suapan kertas belakang. |
|
Sudahkah anda memuatkan kertas berikut dalam XX? |
Tukar tetapan cetak atau isi kertas yang sepadan dengan tetapan cetak dalam kaset kertas dan tukar tetapan kertas. Jika anda tidak mahu memaparkan mesej ini pada masa akan datang, pilih Tetapan > Fungsi Panduan, kemudian tetapkan Kertas Tidak Sepadan kepada Mati. |
|
Recovery Mode |
Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal. Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar sekali lagi. 1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB. (Dalam mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.) 2. Layari laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan lanjut. |
* Dalam beberapa kitaran cetakan sejumlah lebihan dakwat yang sangat kecil dikumpulkan di dalam pad dakwat cetakan tanpa sempadan. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat daripada pad, produk ini direka untuk berhenti mencetak tanpa sempadan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap ini diperlukan akan berbeza mengikut jumlah halaman anda mencetak menggunakan pilihan cetakan tanpa sempadan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang disahkan oleh pembekal Perkhidmatan Epson. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini.