Kertas tebal dan sampul surat: Menghalang dakwat daripada berlumuran apabila mencetak di atas kertas tebal. Walau bagaimanapun, kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.
Langkau Halaman Kosong: Elakkan mencetak halaman kosong.
Mod Senyap: Mengurangkan bunyi bising yang dikeluarkan oleh pencetak, namun boleh mengurangkan kelajuan cetakan.
Blh cetak hitam sementara: Mencetak hanya dengan dakwat hitam buat sementara waktu.
Pertukaran Kaset Automatik: Memuatkan secara automatik kertas daripada kaset kertas 2 apabila kehabisan kertas dalam kaset kertas 1. Muatkan kertas yang sama (jenis dan saiz) dalam kaset kertas 1 dan kaset kertas 2.
Pencetakan Berkelajuan Tinggi: Mencetak apabila kepala cetak bergerak di kedua-dua arah. Kelajuan cetakan adalah lebih pantas, tetapi kualiti mungkin menurun.
Pemberitahuan Amaran: Membenarkan pemacu pencetak untuk memaparkan pemberitahuan amaran.
Wujudkan komunikasi dwiarah: Selalunya, ini hendaklah ditetapkan kepada Hidup. Pilih Mati apabila memperoleh maklumat pencetak adalah mustahil kerana pencetak dikongsi bersama dengan komputer Windows dalam rangkaian atau untuk sebarang sebab lain.
Kurangkan Saiz Data Cetakan: Meningkatkan pemampatan data cetak, jika boleh, yang boleh meningkatkan kelajuan mencetak. Tinggalkan yang tidak dipilih semasa mencetak corak halus.