Lihat maklumat yang dibekalkan dengan CD/DVD untuk maklumat lanjut tentang pengendalian CD/DVD atau penulisan data.
Jangan cetak di atas CD/DVD sebelum menulis data kepadanya. Jika anda lakukan, kesan cap jari, kotoran, atau calar pada permukaan boleh menyebabkan ralat semasa penulisan data.
Bergantung kepada jenis CD/DVD atau data cetakan, kotoran akan berlaku. Cuba ubtuk membuat cetakan cubaan di atas CD/DVD yang lain. Periksa permukaan cetakan selepas menunggu selama sehari.
Bandingkan dengan mencetak atas kertas Epson tulen, kemasan cetakan direndahkan untuk mengelakkan dakwat mengotorkan CD/DVD. Laraskan kemasan cetakan sebagaimana diperlukan.
Berikan masa sekurang-kurangnya 24 jam kepada CD/DVD yang dicetak untuk kering tanpa cahaya matahari terus. Jangan susun atau masukkan CD/DVD ke dalam peranti anda sehingga ianya betul-betul kering.
Jika permukaan cetakan masih melekit selepas ianya kering, kurangkan kemasan cetakan.
Cetakan semula atas CD/DVD yang sama tidak akan meningkatkan kualiti cetakan.
Jika dulang CD/DVD atau petak dalaman telus pandang tersilap dicetak, lapkan dakwat dengan segera.
Bergantung kepada tetapan kawasan cetakan, dulang CD/DVD boleh kotor. Buat tetapan untuk mencetak di kawasan cetakan.
Anda boleh mengaturkan jangkauan cetakan CD/DVD untuk minimum 18 mm diameter dalaman, dan 120 mm maksimum untuk diameter luaran. Tertakluk kepada tetapan, CD/DVD atau dulang boleh comot. Aturkan dalam lingkungan jangkauan cetakan untuk CD/DVD yang akan dicetak.