> Percetakan > Mencetak Dokumen > Mencetak daripada Komputer — Mac OS > Mencetak Menggunakan Tetapan Mudah

Mencetak Menggunakan Tetapan Mudah

Perhatian:

Penerangan dalam bahagian tersebut menggunakan TextEdit sebagai contoh. Operasi dan skrin mungkin berbeza bergantung kepada aplikasi. Lihat bantuan dalam aplikasi ini untuk maklumat lanjut.

  1. Muatkan kertas dalam pencetak.

    Memuatkan Kertas dalam Kaset Kertas 1

    Memuatkan Kertas dalam Kaset Kertas 2

    Memuatkan Kertas dalam Slot Suapan Kertas Belakang

  2. Buka fail yang anda ingin cetak.

  3. Pilih Cetak daripada menu Fail atau arahan lain untuk mengakses dialog cetak.

    Sekiranya perlu, klik Tunjukkan Butiran atau untuk memperluaskan tetingkap cetakan.

  4. Buat tetapan berikut.

    • Pencetak: Pilih pencetak anda.
    • Pratetapan: Pilih apabila anda mahu menggunakan tetapan yang didaftar.
    • Saiz Kertas: Pilih saiz kertas yang anda muatkan dalam pencetak.
      Apabila mencetak tanpa margin, pilih saiz kertas “tanpa sempadan”.
    • Orientasi: Pilih orientasi yang anda tetapkan dalam aplikasi
    Perhatian:
    • Jika menu tetapan di atas tidak dipaparkan, tutup tetingkap cetakan, pilih Persediaan Halaman daripada menu Fail dan kemudian buat tetapan.

    • Apabila mencetak pada sampul surat, pilih orientasi landskap.

  5. Pilih Tetapan Cetak daripada menu timbul.

    Perhatian:

    Jika menu Tetapan Cetak tidak dipaparkan pada macOS High Sierra, macOS Sierra, OS X El Capitan, OS X Yosemite, OS X Mavericks, OS X Mountain Lion, pemacu pencetak Epson tidak dipasang dengan betul. Dayakannya daripada menu berikut. macOS Mojave tidak boleh mengakses Tetapan Cetak dalam aplikasi yang dibuat oleh Apple seperti TextEdit.

    Pilih Keutamaan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks), alih keluar pencetak, kemudian tambah pencetak sekali lagi. Lihat yang berikut untuk menambah pencetak.

    Menambahkan Pencetak (untuk Mac OS Sahaja)

  6. Buat tetapan berikut.

    • Jenis Media: Pilih jenis kertas anda muatkan.
    • Kualiti Cetakan: Pilih kualiti cetakan.
      Memilih Baik memberikan cetakan berkualiti tinggi, tetapi kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.
    • Tambahan: tersedia apabila memilih saiz kertas tanpa sempadan.
      Dalam percetakan tanpa sempadan, data mencetak dibesarkan sedikit daripada saiz kertas supaya tidak ada margin dicetak di tepi kertas. Pilih jumlah pembesaran.
    • Skala Kelabu: Pilih untuk mencetak dalam warna hitam atau warna kelabu.
  7. Klik Cetak.

    Perhatian:

    Jika anda ingin membatalkan cetakan, klik ikon pencetak dalam Dok pada komputer anda. Pilih tugas yang ingin dibatalkan dan lakukan salah satu daripada berikut. Namun begitu, anda tidak boleh membatalkan tugas cetakan daripada komputer setelah ia dihantar kepada pencetak. Dalam kes ini, batalkan kerja cetakan dengan menggunakan panel kawalan pencetak.

    • OS X Mountain Lion atau lebih baru

      Klik di sebelah meter kemajuan.

    • Mac OS X v10.6.8 hingga v10.7.x

      Klik Padam.