> Penjagaan Pencetak > Memasang atau Menyahpasang Aplikasi Secara Berasingan > Mengemas Kini Aplikasi dan Perisian Tegar > Mengemas Kini Perisian Tegar Pencetak Menggunakan Panel Kawalan

Mengemas Kini Perisian Tegar Pencetak Menggunakan Panel Kawalan

Jika pencetak disambungkan ke Internet, anda boleh mengemas kini perisian tegar pencetak menggunakan panel kawalan. Dengan mengemas kini perisian tegar, prestasi pencetak boleh ditingkatkan atau fungsi baru mungkin ditambahkan. Anda turut boleh menetapkan pencetak untuk menyemak kemas kini perisian tegar secara kerap dan memaklumkan anda jika terdapat kemas kini.

  1. Pilih Settings pada skrin utama.

  2. Pilih Firmware Update > Update.

    Perhatian:

    Dayakan Notification untuk menetapkan pencetak supaya sentiasa menyemak kemas kini perisian tegar yang tersedia.

  3. Semak mesej yang dipaparkan pada skrin dan pilih Start Checking.

  4. Semak mesej yang dipaparkan pada skrin dan pilih Start.

    Perisian tegar dikemas kini apabila perisian tegar baru ditemui. Apabila kemas kini bermula, ia tidak boleh diganggu.

    Penting:
    • Jangan matikan atau mencabut palam pencetak sehingga kemas kini selesai. Jika dimatikan, pencetak mungkin tidak dapat berfungsi.

    • Jika kemas kini perisian tegar tidak selesai atau tidak berjaya, pencetak tidak akan bermula seperti biasa dan “Recovery Mode” dipaparkan pada skrin LCD apabila pencetak dihidupkan pada kali berikutnya. Dalam situasi ini, anda perlu mengemas kini semula perisian tegar menggunakan komputer. Sambungkan pencetak kepada komputer dengan menggunakan kabel USB. Semasa “Recovery Mode” dipaparkan pada pencetak, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian. Pada komputer, akses laman web Epson tempatan dan muat turun perisian tegar pencetak yang terkini. Lihat arahan pada laman web untuk langkah seterusnya.