Kedudukan Penyalinan pada CD/DVD Tidak Betul

Sebab berikut boleh dipertimbangkan.

Kedudukan cetakan perlu dilaraskan.

Penyelesaian

Pilih menu Settings > Printer Settings > CD/DVD pada panel kawalan untuk melaraskan kedudukan cetakan.

Terdapat sedikit habuk atau kesan kotoran pada kaca pengimbas.

Penyelesaian

Bersihkan kaca pengimbas dan penutup dokumen menggunakan kain kering, lembut dan bersih. Sekiranya terdapat habuk atau kotoran di sekeliling dokumen asal pada kaca, kawasan penyalinan mungkin diluaskan termasuk debu atau kotoran, mengakibatkan kedudukan cetakan yang salah atau imej menjadi kecil.