> Percetakan > Mencetak Pelbagai Item > Mencetak Buku Mewarna Menggunakan Foto

Mencetak Buku Mewarna Menggunakan Foto

Anda boleh mencetak gambar dengan mengekstrak hanya garis bentuk foto atau ilustrasi. Ini membolehkan anda mencipta buku mewarna yang unik.

Perhatian:

Anda memerlukan keizinan daripada pemegang hak cipta apabila menggunakan dokumen asal yang dilindungi hak cipta bagi mencipta buku mewarna melainkan ia digunakan untuk kegunaan peribadi (di rumah atau kawalan terhad yang lain).

  1. Muatkan kertas dalam pencetak.

    Memuatkan Kertas dalam Kaset Kertas 1

    Memuatkan Kertas dalam Kaset Kertas 2

    Memuatkan Kertas dalam Slot Suapan Kertas Belakang

  2. Jika anda mahu menggunakan foto pada peranti memori, sisipkan peranti ke dalam slot kad SD atau port USB antara muka luaran pencetak.

    Memasukkan Kad Memori

    Memasukkan Peranti USB Luaran

  3. Pilih Various Prints pada panel kawalan.

  4. Pilih Coloring Book.

  5. Lakukan satu daripada perkara berikut.

    • Apabila anda memilih Scan an original: Buat tetapan cetak dan kemudian, letakkan dokumen asal pada kaca pengimbas. Ketik .
    • Apabila ana memilih Choose from the memory card: Apabila mesej yang memberitahu anda bahawa pengisian foto telah selesai dipaparkan, pilih OK. Pilih foto yang anda mahu cetak dan pilih Next. Buat tetapan pada tab Basic Settings, pilih tab Advanced Settings dan tukar tetapan jika perlu. Pilih tab Basic Settings dan kemudian, ketik .