Memeriksa dan Membersihkan Kepala Cetak (Panel Kawalan)

  1. Isikan dua atau lebih helaian kertas biasa bersaiz A4 dalam pencetak.

    Memuatkan Kertas dalam Kaset Kertas 2

  2. Pilih Maintenance pada skrin utama.

  3. Pilih Print Head Nozzle Check.

  4. Ikut arahan pada skrin untuk mencetak corak periksa muncung.

  5. Lihat corak yang dicetak untuk memeriksa jika muncung kepala cetak tersumbat.

    • A:
      Semua garisan dicetak. Pilih . Tiada langkah yang perlu dilakukan lagi.
    • B atau hampir dengan B:
      Sesetengah muncung tersumbat. Pilih dan pilih Cleaning pada skrin seterusnya.
    • C atau lebih teruk daripada C:
      Jika kebanyakan garisan hilang atau tidak dicetak, ini menunjukkan kebanyakan muncung tersumbat. Pilih dan pilih Power Cleaning pada skrin seterusnya.
  6. Ikut arahan pada skrin untuk melakukan pembersihan kepala cetak atau Power Cleaning.

  7. Apabila pembersihan selesai, cetak semula corak periksa muncung. Ulang pembersihan dan mencetak corak sehingga semua garisan dicetak sepenuhnya.

    Penting:

    Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas berkali-kali memeriksa muncung dan membersihkan kepala sebanyak 2 kali, tunggu sekurang-kurangnya 6 jam tanpa mencetak dan kemudian, lakukan pemeriksaan muncung sekali lagi dan mengulangi pembersihan kepala jika perlu. Kami mengesyorkan supaya anda mematikan pencetak menggunakan butang . Sekiranya kualiti cetakan masih tidak bertambah baik, jalankan Power Cleaning.