Terdapat dua kaedah untuk menyahdayakan sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah); anda boleh menyahdayakan semua sambungan dengan menggunakan panel kawalan pencetak atau menyahdayakan setiap sambungan daripada komputer atau peranti pintar. Bahagian ini menerangkan cara untuk menyahdayakan semua sambungan.
Apabila sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) dinyahdayakan, semua komputer dan peranti pintar yang disambungkan ke pencetak dengan sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) akan diputuskan.
Jika anda ingin memutuskan sambungan peranti tertentu, putuskan sambungan daripada peranti, bukan pencetak. Gunakan salah satu kaedah berikut untuk memutuskan sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) daripada peranti.
Putuskan sambungan Wi-Fi ke nama rangkaian pencetak (SSID).
Sambungkan ke nama rangkaian lain (SSID).
Ketik
pada skrin utama.
Ketik Wi-Fi Direct.
Maklumat Wi-Fi Direct (AP Mudah) dipaparkan.
Ketik Start Setup.
Ketik Change Settings.
Ketik Disable Wi-Fi Direct.
Semak mesej dan ketik Disable the settings.
Apabila mesej selesai dipaparkan, ketik Close.
Skrin tertutup secara automatik selepas satu tempoh masa tertentu jika anda tidak mengetik Close.
Ketik Close.