Menjajarkan Kepala Cetakan

Sekiranya anda mendapati salah jajaran garisan menegak atau imej adalah kabur, sila jajarkan kepala cetakan.

  1. Masukkan kertas biasa bersaiz A4 dalam pencetak.

    Memuatkan Kertas dalam Kaset Kertas 2

  2. Pilih Maintenance pada skrin utama.

  3. Pilih Print Head Alignment.

  4. Pilih satu daripada menu penjajaran.

    • Vertical Alignment: Pilih ini jika cetakan anda kelihatan kabur atau garisan baris menegak kelihatan tidak sejajar.
    • Horizontal Alignment: Pilih ini jika anda melihat jalur melintang pada selang yang tetap.
  5. Ikut arahan pada skrin untuk mencetak corak penjajaran dan pilih nombor untuk corak yang optimum.

    • Vertical Alignment: Cari dan pilih nombor untuk corak yang paling padu dalam setiap kumpulan.
    • Horizontal Alignment: Cari dan pilih nombor untuk corak paling kurang diasingkan dan bertindih.