Menggantikan Katrij Dakwat

Bergantung pada paras dakwat, anda mungkin boleh meneruskan cetakan buat sementara tanpa menggantikan katrij dakwat.

Teruskan Mencetak Sementara dengan Hanya Dakwat Hitam

Teruskan Mencetak untuk Menjimatkan Dakwat Hitam (untuk Windows Sahaja)

  1. Jika dulang CD/DVD telah disisipkan, keluarkan dulang.

  2. Lakukan satu daripada perkara berikut.

    • Apabila digesa untuk menggantikan katrij dakwat:
      Periksa kartrij dakwat yang perlu digantikan, ketik Next dan kemudian pilih Yes, replace now.
    • Apabila menggantikan katrij dakwat sebelum dakwat habis:
      Pilih Maintenance > Ink Cartridge Replacement dari skrin utama.
  3. Keluarkan kartrij dakwat baru daripada bungkusannya dan kemudian ketik Next.

  4. Pastikan penutup menghadap ke atas dan kemudian tanggalkannya.

    Penting:

    Jangan menyentuh bahagian-bahagian yang ditunjukkan dalam ilustrasi. Berbuat demikian boleh menghalang operasi normal dan percetakan.

  5. Buka unit pengimbas dengan penutup dokumen itu ditutup.

    Awas:

    Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup unit pengimbas. Jika tidak, anda mungkin tercedera.

  6. Sahkan mesej dan kemudian ketik Start.

    Pemegang kartrij dakwat bergerak ke kedudukan penggantian. Namun begitu, pemegang kartrij dakwat boleh kembali selepas beberapa minit. Dalam hal itu, ulang langkah 2 hingga 6.

    Penting:

    Apabila menggantikan katrij dakwat, gantikannya pada kedudukan gantian yang betul. Jika anda meletakkan katrij pada kedudukan yang salah, ralat pengecaman akan berlaku. Jika ralat berlaku, masukkan semula katrij ini pada kedudukan penggantian yang betul.

  7. Tekan tab untuk membuka kunci pemegang kartrij dakwat dan kemudian keluarkan kartrij secara menyerong.

    Penting:

    Gantikan kartrij dakwat satu demi satu secepat mungkin. Jika anda menggantikan dua atau lebih kartrij pada satu masa atau jika penggantian mengambil masa, sedikit dakwat mungkin digunakan untuk menjamin prestasi pencetak.

  8. Sisipkan kartrij dakwat secara menyerong ke dalam pemegang kartrij dan tekan ia ke bawah perlahan-lahan sehingga ia berbunyi klik masuk ke tempatnya.

  9. Tutup unit pengimbas dan kemudian ketik Completed.

  10. Ikut arahan pada skrin.

    Penting:
    • Sekiranya anda mengeluarkan kartrij daripada pencetak untuk digunakan kemudian atau membuangnya, pastikan anda meletakkan penutup pada dakwat port bekalan kartrij untuk menghalang dakwat daripada kering atau untuk mengelakkan kawasan sekitar daripada dicomotkan dengan dakwat. Letakkan tukup dengan kemas sehingga ia berbunyi klik masuk ke tempatnya.

    • Selepas memasang kartrij dakwat, lampu kuasa terus berkelip sementara pencetak sedang mengecas dakwat. Jangan matikan pencetak semasa pengecasan dakwat. Sekiranya pengecasan dakwat tidak lengkap, anda mungkin tidak dapat mencetak.

    • Jangan sisipkan dulang CD/DVD sehingga pengisian dakwat selesai.