> Menyelesaikan Masalah > Mesej Dipaparkan pada Skrin LCD

Mesej Dipaparkan pada Skrin LCD

Sekiranya mesej ralat dipaparkan pada skrin LCD, ikut arahan pada skrin atau penyelesaian di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mesej Ralat

Penyelesaian

The combination of the IP address and the subnet mask is invalid. See your documentation for more details.

Masukkan alamat IP yang betul atau get laluan lalai. Hubungi orang yang menyediakan rangkaian untuk mendapatkan bantuan.

Ink is low.

Anda boleh terus mencetak sehingga anda digesa untuk menggantikan kartrij dakwat. Bagaimanapun, ambil perhatian bahawa pencetak tidak boleh mencetak jika mana-mana kartrij dakwat sudah habis. Sediakan kartrij baru secepat mungkin.

Teruskan Mencetak untuk Menjimatkan Dakwat Hitam (untuk Windows Sahaja)

Ink cartridge(s) are low. Print job may not print completely.

Pilih Proceed pada skrin mesej ralat untuk memilih salah satu pilihan berikut.

Replace before printing

Continue printing

No, cancel printing

Jika mana-mana kartrij dakwat habis semasa mencetak, kertas akan ditolak keluar semasa mencetak. Apabila mencetak pada kertas yang lebih besar daripada saiz A4, kami mengesyorkan supaya anda memilih Replace before printing dan menggantikan katrij dakwat dengan katrij baru. Kami amat mengesyorkan supaya anda menggantikan dengan katrij dakwat Epson bersaiz besar.

You need to replace the following ink cartridge(s).

Untuk memastikan anda menerima kualiti cetakan premium dan untuk membantu melindungi kepala cetak anda, simpanan keselamatan dakwat boleh ubah kekal dalam kartrij apabila pencetak menunjukkan sudah tiba masa untuk menggantikan kartrij. Gantikan katrij apabila anda digesa untuk berbuat demikian.

Menggantikan Katrij Dakwat

Teruskan Mencetak Sementara dengan Hanya Dakwat Hitam

Print Head Adjustment Canceled. There is a problem with the print head. Contact Epson Support.

Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas berkali-kali memeriksa muncung dan membersihkan kepala sebanyak 2 kali, tunggu sekurang-kurangnya 6 jam tanpa mencetak dan kemudian, lakukan pemeriksaan muncung sekali lagi dan mengulangi pembersihan kepala jika perlu. Kami mengesyorkan supaya anda mematikan pencetak menggunakan butang . Sekiranya kualiti cetakan masih tidak bertambah baik, jalankan Power Cleaning.

Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas menjalankan Power Cleaning, tunggu sekurang-kurangnya 6 jam tanpa mencetak dan kemudian, cetak corak pemeriksaan muncung sekali lagi. Jalankan Cleaning atau Power Cleaning sekali lagi bergantung pada corak yang dicetak. Sekiranya kualiti masih tidak bertambah baik, hubungi sokongan Epson.

Access the following or see documentation for details. Select [Dismiss] after confirming it.

Jika anda tidak boleh mengimbas kod QR, sambungkan dengan peranti pintar. Lihat yang berikut untuk mendapatkan butiran lanjut.

Membuat Tetapan untuk Menyambung ke Peranti Pintar

Communication error. Check if the computer is connected.

Sambungkan komputer dan pencetak dengan betul. Jika anda menyambung melalui rangkaian, lihat halaman yang menerangkan kaedah sambungan rangkaian daripada komputer.

Sekiranya mesej ralat dipaparkan semasa mengimbas, pastikan bahawa Epson Scan 2 dan Epson Event Manager telah dipasang pada komputer.

Membuat Tetapan untuk Menyambung ke Komputer

To use cloud services, update the root certificate from the Epson Web Config utility.

Jalankan Web Config, kemudian kemas kini sijil akar.

Menjalankan Web Config pada Pelayar Web

Install the Epson Event Manager software on the computer to use this feature. See your documentation for more details.

Pasang Epson Event Manager pada komputer.

Memasang Aplikasi Secara Berasingan

Check the following if a computer is not found. - Connection between the printer and the computer (USB or network) - Installation of the necessary software - Power supply to the computer - Firewall and security software settings - Search again See your documentation for more details.

Pastikan komputer disambungkan dengan betul.

Menyemak Status Sambungan

Menyemak Status Sambungan

Pastikan Epson Event Manager dipasang pada komputer.

Memasang Aplikasi Secara Berasingan

Check that the printer driver is installed on the computer and that the port settings for the printer are correct.

Pastikan port pencetak dipilih dengan betul dalam Ciri > Port dari menu Pencetak seperti berikut.

Pilih “USBXXX” untuk sambungan USB atau “EpsonNet Print Port” untuk Pastikan pemacu pencetak dipasang pada sambungan rangkaian.

Check that the printer driver is installed on the computer and that the USB port settings for the printer are correct.

Printing is suspended to avoid printing on mismatched paper. Paper settings don't match the paper loaded in XX.

Tukar tetapan cetak atau isi kertas yang sepadan dengan tetapan cetak dalam kaset kertas dan tukar tetapan kertas.

Jika anda tidak mahu memaparkan mesej ini pada masa akan datang, pilih Settings > Guide Functions, kemudian tetapkan Paper Mismatch kepada Off.

Paper Configuration is set to Off. Some features may not be available. For details, see your documentation.

Sekiranya Paper Configuration dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint.

Cannot use the inserted Memory Device. See your documentation for details.

Gunakan peranti memori yang disokong oleh produk.

Spesifikasi Peranti Memori

The printer's borderless printing ink pad has reached the end of its service life. It is not a user-replaceable part. Please contact Epson support.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna.

Pencetakan tanpa sempadan tidak tersedia tetapi pencetakan dengan sempadan tersedia.

Di mana Untuk mendapatkan Bantuan

The printer's borderless printing ink pad is nearing the end of its service life. It is not a user-replaceable part. Please contact Epson support.

Hubungi Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk menggantikan pad dakwat cetakan tanpa sempadan*. Ia adalah bahagian yang tidak boleh diselenggara pengguna.

Ketik OK untuk menyambung semula cetakan.

Di mana Untuk mendapatkan Bantuan

Printer Error

Turn on the printer again. See your documentation for more details.

Lakukan yang berikut.

1. Buka unit pengimbas dan keluarkan sebarang kertas atau bahan perlindungan di dalam pencetak. Bersihkan filem lut sinar jika kotor.

Mengeluarkan Kertas Yang Tersekat

Membersihkan Filem Lut Sinar

2. Tutup unit pengimbas serta matikan kuasa dan hidupkan semula.

Sekiranya mesej ralat masih dipaparkan selepas mematikan dan menghidupkan semula kuasa, hubungi sokongan Epson.

Di mana Untuk mendapatkan Bantuan

An error occurred while saving. Check and if necessary, change the memory device.

Peranti storan luaran seperti kad memori mungkin rosak. Semak sama ada peranti tersedia.

Spesifikasi Peranti Memori

Cannot recognize the media. See your documentation for more details about the media

Gunakan peranti memori yang disokong oleh produk.

Spesifikasi Peranti Memori

Recovery Mode

Pencetak telah dimulakan dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar telah gagal. Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar sekali lagi.

1. Sambungkan komputer dan pencetak dengan kabel USB. (Dalam mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.)

2. Layari laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan lanjut.

* Dalam beberapa kitaran cetakan sejumlah lebihan dakwat yang sangat kecil dikumpulkan di dalam pad dakwat cetakan tanpa sempadan. Untuk mengelakkan kebocoran dakwat daripada pad, produk ini direka untuk berhenti mencetak tanpa sempadan apabila pad telah mencapai hadnya. Sama ada dan berapa kerap ini diperlukan akan berbeza mengikut jumlah halaman anda mencetak menggunakan pilihan cetakan tanpa sempadan. Keperluan untuk penggantian pad tidak bermakna bahawa pencetak anda telah berhenti beroperasi mengikut spesifikasi. Pencetak akan menasihati anda bila pad perlu diganti dan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang disahkan oleh pembekal Perkhidmatan Epson. Jaminan Epson tidak meliputi kos penggantian ini.