Perihal Wi-Fi Direct

Gunakan kaedah sambungan ini semasa anda tidak menggunakan Wi-Fi di rumah, di pejabat atau semasa anda ingin menyambungkan terus pencetak dan komputer atau peranti mudah alih. Dalam mod ini, pencetak bertindak sebagai penghala wayarles dan anda boleh menyambungkan peranti ke pencetak tanpa perlu menggunakan penghala wayarles standard. Namun, peranti yang disambungkan terus ke pencetak tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain menerusi pencetak.

Pencetak boleh disambungkan melalui sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) dan sama ada sambungan Wi-Fi (Infrastruktur) atau Ethernet secara serentak.