Pernyataan Pematuhan FCC

Untuk Pengguna Amerika Syarikat

Peralatan ini telah diuji dan ditemui mematuhi had untuk peranti digital Kelas B, menurut Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberi perlindungan yang munasabah terhadap gangguan berbahaya dalam pemasangan di kawasan kejiranan. Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh memancarkan radiasi tenaga frekuensi radio dan, jika tidak dipasang dan digunakan menurut arahan, boleh menyebabkan gangguan berbahaya pada komunikasi radio. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa gangguan tidak akan berlaku dalam pemasangan tertentu. Jika peralatan ini menyebabkan gangguan kepada penerimaan radio atau televisyen, yang boleh ditentukan dengan mematikan dan menghidupkan peralatan, pengguna digalakkan untuk cuba membetulkan gangguan dengan satu atau lebih daripada langkah berikut:

  • Mengorientasi semula atau meletakkan semula antena penerima.

  • Meningkatkan pemisahan antara peralatan dan penerima.

  • Sambung peralatan ke dalam salur keluar pada litar yang berlainan daripada di mana penerima disambungkan.

  • Berunding dengan wakil penjual atau hubungi juruteknik berpengalaman bagi radio/TV untuk bantuan.

AMARAN

Sambungan kabel antara muka peralatan yang tidak berperisai ke peralatan ini akan membatalkan Sijil FCC atau Pengisytiharan peranti ini dan boleh menyebabkan tahap gangguan yang melebihi had yang ditetapkan oleh FCC untuk peralatan ini. Tanggungjawab pengguna adalah untuk mendapatkan dan menggunakan kabel antara muka peralatan yang berperisai dengan peranti ini. Jika peralatan ini mempunyai lebih daripada satu penyambung antara muka, jangan biarkan kabel bersambung dengan antara muka yang tidak digunakan. Perubahan atau pengubahsuaian tidak diluluskan dengan jelas oleh pihak yang bertanggungjawab untuk pematuhan boleh membatalkan kuasa pengguna untuk mengendalikan peralatan ini.

Untuk Pengguna Kanada

CAN ICES (B)/NMB (B)