Apabila anda perlu menyimpan pencetak atau mengangkutnya untuk berpindah atau dibaiki, ikut langkah-langkah di bawah untuk membungkus pencetak.
Matikan pencetak dengan menekan butang
.
Pastikan lampu kuasa mati dan kemudian, cabut palam kod kuasa.
Cabut kord kuasa apabila lampu kuasa dimatikan. Jika tidak, kepala cetak tersebut tidak akan kembali ke kedudukan utama yang boleh menyebabkan dakwat kering dan cetakan tidak boleh dilakukan.
Cabut semua kabel seperti kabel kuasa dan kabel USB.
Pastikan tiada peranti memori dimasukkan.
Keluarkan semua kertas dari pencetak.
Pastikan tidak ada dokumen pada pencetak.
Buka unit pengimbas dengan penutup dokumen itu ditutup. Ikat pemegang kartrij dakwat pada bekas dengan melekatkan kepingan pelindung yang datang dengan pencetak di bahagian atas pemegang.

Biarkan kartrij dakwat terpasang. Mengeluarkan kartrij boleh mengeringkan kepala cetakan dan boleh menghalang pencetak daripada mencetak.
Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup unit pengimbas. Jika tidak, anda mungkin tercedera.
Tutup unit pengimbas.
Sediakan pencetak untuk pengangkutan seperti yang ditunjukkan di bawah.

Bungkuskan pencetak di dalam kotaknya, menggunakan bahan pelindung.
Semasa menyimpan atau memindahkan pencetak, elakkan daripada mencondongkan, meletakkan secara menegak, atau menterbalikkannya, jika tidak dakwat boleh terkeluar.

Apabila anda menggunakan pencetak semula, pastikan anda menanggalkan pita yang mengikat pemegang kartrij dakwat. Jika selepas itu, kualiti cetakan telah menurun, jalankan Print Quality Adjustment.