Menggantikan Kartrij Dakwat

Apabila mesej yang dipaparkan meminta anda untuk menggantikan kartrij dakwat, pilih How To dan lihat arahan beranimasi pada skrin LCD untuk mengetahui cara menggantikan kartrij dakwat.

Jika anda perlu menggantikan kartrij dakwat sebelum dakwat habis, pilih Maintenance > Ink Cartridge Replacement pada skrin utama dan kemudian, ikut arahan pada skrin. Pilih How To untuk butiran.

Awas:

Berhati-hati supaya tidak memerangkap tangan atau jari anda apabila membuka atau menutup unit pengimbas. Jika tidak, anda mungkin tercedera.

Lihat maklumat berkaitan berikut sebelum menggantikan kartrij dakwat.

Perhatian:

Untuk pengguna di A.S. dan Kanada: sila lupuskan kartrij dakwat terpakai jenama Epson anda secara bertanggungjawab dan mengikut keperluan tempatan. Jika anda ingin memulangkan kartrij dakwat terpakai anda kepada Epson untuk pelupusan yang betul, sila pergi ke https://epson.com/recycle (A.S.) atau https://epson.ca/recycle (Kanada) untuk mendapatkan maklumat lanjut.