Anda boleh menyediakan sambungan Wi-Fi dengan memasukkan maklumat yang diperlukan daripada panel kawalan pencetak. Untuk penyediaan menggunakan kaedah ini, anda memerlukan SSID dan kata laluan untuk penghala wayarles anda.
Jika anda menggunakan penghala wayarles dengan tetapan lalainya, SSID dan kata laluan terdapat pada label. Jika anda tidak mengetahui SSID dan kata laluan, hubungi individu yang menyediakan penghala wayarles atau lihat dokumentasi yang diberikan dengan penghala wayarles.

Ketik
pada skrin utama.
Pilih Wi-Fi.
Ketik Start Setup.
Jika sambungan rangkaian sudah disediakan, butiran sambungan akan dipaparkan. Ketik Change Access Point untuk mengubah tetapan.
Jika pencetak telah disambungkan melalui Ethernet, ketik Change to Wi-Fi connection. dan kemudian, pilih Yes selepas menyemak mesej.
Pilih Wi-Fi Setup Wizard.
Ikut arahan pada skrin untuk memilih SSID, masukkan kata laluan untuk penghala wayarles dan mulakan persediaan.
Jika anda ingin menyemak status sambungan rangkaian untuk pencetak selepas persediaan selesai, lihat pautan maklumat yang berkaitan di bawah untuk maklumat lanjut.
Jika anda tidak mengetahui nama rangkaian (SSID), semak jika maklumat tersebut ditulis pada label penghala wayarles. Jika anda menggunakan penghala wayarles dengan tetapan lalainya, gunakan SSID pada label. Jika anda tidak menemui sebarang maklumat, lihat dokumentasi yang diberikan dengan penghala wayarles.
Kata laluan ialah sensitif huruf.
Jika anda tidak mengetahui kata laluannya, semak jika maklumat tersebut ditulis pada label penghala wayarles. Pada label, kata laluan mungkin diletakkan sebagai "Kunci Rangkaian", "Kata Laluan Wayarles”, atau nama lain yang serupa. Jika anda menggunakan penghala wayarles dengan tetapan lalainya, gunakan kata laluan yang tertulis pada label.
Jika SSID yang anda mahu sambungkan tidak dipaparkan, konfigurasikan tetapan Wi-Fi menggunakan perisian atau aplikasi pada komputer atau peranti mudah alih anda.
A.S. dan Kanada
Akses laman web berikut dan cari produk anda. Muat turun dan jalankan pakej perisian produk anda, kemudian ikut arahan pada skrin komputer untuk menjalankan program persediaan.
Wilayah Lain
Akses laman web berikut dan kemudian, masukkan nama produk. Pergi ke Persediaan dan kemudian, mula lakukan penyediaan.