> Maklumat Produk > Maklumat Perisian > Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)

Aplikasi untuk Mengemas Kini Perisian dan Perisian Tegar (Epson Software Updater)

Epson Software Updater ialah aplikasi yang memasang perisian baru dan mengemas kini perisian tegar melalui Internet. Jika anda ingin menyemak maklumat kemas kini secara kerap, anda boleh menetapkan selang untuk menyemak kemas kini dalam Tetapan Kemas Kini Automatik Epson Software Updater.

Perhatian:
  • Sistem pengendalian Windows Server tidak disokong.

  • Untuk pengguna di A.S. dan Kanada: pencetak anda direka untuk berfungsi dengan kartrij dakwat jenama Epson yang tulen sahaja. Jenama kartrij dakwat dan bekalan dakwat yang lain adalah tidak serasi dan, walaupun digambarkan sebagai serasi, tidak boleh berfungsi dengan betul atau langsung tidak berfungsi. Epson menyediakan kemas kini perisian tegar secara berkala untuk menangani isu sekuriti, prestasi, pembetulan pepijat kecil dan memastikan fungsi pencetak seperti yang direka. Kemas kini ini boleh menjejaskan kefungsian dakwat pihak ketiga. Kartrij dakwat jenama bukan Epson atau kartrij Epson yang diubah suai yang berfungsi sebelum kemas kini perisian tegar tidak boleh meneruskan fungsi.

Bermula pada Windows
  • Windows 11

    Klik butang mula dan kemudian, pilih Semua aplikasi > EPSON Software > Epson Software Updater.

  • Windows 10

    Klik butang mula dan kemudian, pilih EPSON Software > Epson Software Updater.

  • Windows 8.1/Windows 8

    Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian dan kemudian, pilih ikon yang dipaparkan.

  • Windows 7

    Klik butang mula dan kemudian, pilih Semua Program > EPSON Software > Epson Software Updater.

Perhatian:

Anda juga boleh memulakan Epson Software Updater dengan mengklik ikon pencetak pada bar tugasan pada desktop dan kemudian, pilih Kemas Kini Perisian.

Bermula pada Mac OS

Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software > Epson Software Updater.