/ Pengimbasan (Disesuaikan) / Mencipta Tugas Baharu / Tetapan Destinasi / Menghantar ke Folder

Menghantar ke Folder

Skrin ini membolehkan anda membuat tetapan terperinci apabila menghantar ke folder.

Item

Penerangan

Nama Tetapan

Pilih tetapan disimpan yang ingin anda gunakan daripada senarai.

Pilih Baharu daripada senarai untuk mendaftarkan tetapan baharu.

Edit

Klik untuk menulis ganti atau mengedit tetapan.

Klik Ubah Tetapan untuk mengedit kandungan tetapan yang dipilih.

Klik Namakan Semula untuk mengubah nama tetapan yang dipilih.

Klik Padam untuk memadamkan tetapan yang dipilih.

Folder

Memaparkan folder di mana imej disimpan.

Klik Semak Imbas untuk memilih folder yang anda mahu atau untuk mencipta folder baharu.

Pengesahan

Masukkan Nama Pengguna dan Kata laluan sebagaimana perlu.

Tulis ganti fail dengan nama yang sama

Pilih untuk menulis ganti jika fail dengan nama yang sama sudah wujud.

Buka folder yang dinyatakan selepas memproses

Membuka folder destinasi selepas menyimpan fail.

Atas