> Penyelenggaraan > Mengemas Kini Aplikasi dan Perisian Tegar > Mengemas Kini Perisian Tegar tanpa Menyambung kepada Internet

Mengemas Kini Perisian Tegar tanpa Menyambung kepada Internet

Anda boleh memuat turun perisian tegar peranti daripada laman web Epson pada komputer dan kemudian, sambungkan peranti dan komputer dengan kabel USB untuk mengemas kini perisian tegar. Jika anda tidak boleh mengemas kini menerusi rangkaian, cuba kaedah ini.

Perhatian:

Sebelum mengemas kini, pastikan pemacu pengimbas Epson Scan 2 dipasang pada komputer anda. Jika Epson Scan 2 tidak dipasang, pasang sekali lagi.

  1. Semak laman web Epson untuk mendapatkan keluaran kemas kini perisian tegar terkini.

    http://www.epson.com

    • Sekiranya terdapat perisian tegar untuk pengimbas anda, muat turun perisian itu dan pergi ke langkah seterusnya.
    • Sekiranya tiada maklumat perisian tegar di laman web, anda sudah menggunakan perisian tegar terkini.
  2. Sambungkan komputer yang mengandungi perisian tegar yang dimuat turun ke pengimbas menggunakan kabel USB.

  3. Klik dua kali fail .exe yang dimuat turun.

    Epson Firmware Updater bermula.

  4. Ikut arahan pada skrin.