> Penyelenggaraan > Mengemas Kini Aplikasi dan Perisian Tegar

Mengemas Kini Aplikasi dan Perisian Tegar

Anda boleh menyelesaikan masalah tertentu dan meningkatkan atau menambahkan fungsi dengan mengemas kini aplikasi dan perisian tegar. Pastikan anda menggunakan versi terkini aplikasi dan perisian tegar.

Penting:
  • Jangan matikan komputer atau pengimbas semasa mengemas kini.

Perhatian:

Apabila pengimbas boleh disambungkan ke Internet, anda boleh mengemas kini perisian tegar daripada Web Config. Pilih tab Device Management > Firmware Update, semak mesej yang dipaparkan dan klik Start.

  1. Pastikan pengimbas dan komputer bersambung serta komputer disambungkan ke Internet.

  2. Mulakan EPSON Software Updater dan kemas kini aplikasi atau perisian tegar.

    Perhatian:

    Sistem pengendalian Windows Server tidak disokong.

    • Windows 10
      Klik butang mula dan pilih Epson Software > EPSON Software Updater.
    • Windows 8.1/Windows 8
      Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.
    • Windows 7
      Klik pada butang mula, dan kemudian pilih Semua Program atau Program > Epson Software > EPSON Software Updater.
    • Mac OS
      Pilih Finder > Pergi > Aplikasi > Epson Software > EPSON Software Updater.
Perhatian:

Sekiranya anda tidak dapat mencari aplikasi yang anda ingin kemas kini dalam senarai tersebut, anda tidak boleh kemas kini menggunakan EPSON Software Updater. Semak versi terkini aplikasi pada laman web Epson tempatan anda.

http://www.epson.com